Tuesday, July 25, 2006

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA



terima kasih
tidak terdaya untuk
kubalas budimu

kerana kaulah yang
memanusiakan aku

terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir

mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat

terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu



SAJALI MOHAMAD
24 April 2000
Kuching

Sunday, May 14, 2006

WARKAH UNTUK SEMUA WANITA


warkah untuk semua wanita

maafkan aku
melangkah adat
melanggar pantang

telah kuteliti
telah kuperhalusi
lewat matahati seni
pun bersama
kenyataan yang
tidak perlu disangsi

kamulah insan yang
benar-benar mengerti
benar-benar memahami
bicara ombak
senda senja
gurau pelangi
gundah teratai di kolam
kisah lilin membakar diri
bunga sejuta karenah
riak air

dan kamulah
aduhai insan yang bergelar wanita
tepat dan pasti
menyumbang sumbangan besar
mematangkan dunia
berdandan kemajuan melata

terkumpul segala khazanah
dihatimu
menegak segala yang condong
menyinari terang-benderang
tiada yang dapat bersembunyi
keranamu

ketika kau ucapkan benarkah
sebenarnya kau telah
faham dan mengerti
dan telah fasih
demikian
kuasa kelemahanmu
memanusiakan manusia
memesrakan dunia sejagat

keranamu
masjid terbina
syurga menanti



SAJALI MOHAMAD
13 November 2000

KETULUSAN DAN KETELUSAN HATI WANITA

ketulusan dan ketelusan hati wanita

keistimewaannya yang sahih
terserlah penuh santun
pandangan lewat hati

ketulusan dan ketelusan hati wanita
dapat dirasa
lewat faham dan mengerti
lewat penghayatan yang seni

ketulusan dan ketelusan hati wanita
subur berbudi
besi berani
ranum dalam keikhlasan
mewangi sepanjang zaman
mekar dan segar

ketulusan dan ketelusan hati wanita
tepat dan pasti
murni dan suci


SAJALI MOHAMAD
7 disember 2000

KELAKAR URANG NYERUK

KELAKAR URANG NYERUK

asalamualaikum
oo sidak di rumah

sidak lam rumah:
mu'alaikum salam
naitlah
kak ipot
kak enot
duduklah...
sidak nyeruk: eh, iboh gago be ampar dak tikar

mek duak tok
ndak dapat nak leka
sak lambat dibah
jangan lambat diatas

orang rumah:
jadi apalah ajat
tak duak tok tek

nak madah,
nyampei salam...
sidak nak duduk kerja
ari minggu tok

ialah tok ngembak kitak semua
lam rumah tok
berambeh duduk
kay merami majlis

apa main sidak tek??
tanyak: sidak rumah
yang di seruk

nikah anak sidaknya....

bah
ndak iboh jak gago
betuang air apa indah
baa njok dak tempat sireh

kelak jak kita nyambong lagik
kelakar
bah
mupok kamek duak
agik manyak
rumah sidak adik kakak
nak disinggah
nak diseruk


orang rumah:
aoklah
mak asih
mun sik ada apa aral kelak
gene kah gaya
ba bagi kah
kamek lam umah tok
minggu tok, manyak juak
urang kerja bah

orang nyeruk:
bah mupuk kamek dolok



SAJALI MOHAMAD
15 November 2000

Friday, May 12, 2006

c 60paper - SAMPAI KE TUA LAH


SAMPAI KE TUA LAH

kalau itulah sudah kudrat, sudah iradat, aku akur. biarlah sampai ke tua.aku mengabdikan diri patuh kepada laduni yang sentiasa mengusik aku dengan bermacam-macam karenah yang menitahkan aku mesti mencatat dikertas, semacam arahan yang tidak boleh dilanggar. kerana jika aku sengaja mengabaikan kunjungan laduni ilham, aku sendiri tenggelam punca. ini pernah berlaku padaku. lagi pun aku rasa santai begini.


SAJALI BIN MOHAMAD
12 mei 2006

Thursday, May 11, 2006

ISTIMEWANYA WANITA KERANA KEWANITAANNYA


istimewanya wanita
kerana kewanitaannya

mata wanita dihatinya
kecurigaannya adalah doa
keikhlasannya adalah kasihsayang

bicaranya adalah doa
minatnya adalah cinta

membisunya wanita
kerana tolak, campur, dharab dan bahagi

tangisan wanita
kerana debu-debu berwarna
kelemah-lembutannya adalah
ketangkasan menghadapi
beban yang manis
memertabatkan kewanitaan

pantangnya wanita
dibohongi
lalu terhakislah cintanya
layu segala kepercayaannya

istimewanya wanita
kerana faham dan mengertinya
kerana kewanitaannya


SAJALI MOHAMAD
6 disember 1999
Kuching

Sunday, May 07, 2006

c 60 paper - JANJI SAJALI


JANJI SAJALI

selagi nadi berdenyut jantung berdegup, aku tidak jemu-jemu melayani tetamu yang berkunjung dimindaku. kami bermesra dikamar pengkaryaanku. sesekali perujian mengusikku.aku semakin ghairah memberitahunya yang aku masih mampu menjawab dengan betul keatas soalan-soalan dan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan kepada aku. aku tidak akan serik mempertemukan zig-zag puzzle yang bertaburan dalam
pengkaryaanku. janjiku dalam apa keadaan dan suasana apa sekalipun sentuhanseniku ujud.

SAJALI BIN MOHAMAD
7 mei 2006

Saturday, May 06, 2006

DI WAJAH MONITOR


DI WAJAH MONITOR

diwajah monitor
kucantum huruf-huruf
menjadi perkataan
perkataan menjadi ayat

diwajah monitor
menjelma wajah ayu
dengan senyumannya
melirik kearahku
wajahnya dan wajahku
bertemu

jejariku semakin cepat dan ligat
mematuhi arahan mindaku
menurun sketsa yang
mencalar keputihan
warna monitor
dengan bicara-bicara dan arca cinta
mencari dan mencari akan kewajaran
ketecalaran percambahan rasa


SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006

GENRE 60 PATAH PERKATAAN




AKU CINTA PADAMU

ketika bergayut rasa kebahagiaan dan sentuhan manis bersama degup jantung terasa dijamah kerinduan, disaat berhimpun kasihsayang mengikat keindahan dijiwa aku dan dia, empat mata bertentang tanpa bersuara, sudah terang dan jelas menyembunyi anggukan suara hati bersama melafas aku cinta pada mu kata dipadu, janji dikunci, dua hati dimeteri, lengkaplah episod pengenalan untuk satu tanggungjawab yang manis aku cinta pada mu.

SAJALI BIN MOHAMAD
1 mei 2006

SAHABAT


SAHABAT

menambah pengertian yang telah difahami
buat menokohtambah kehendak
tolakcampurdharabbahagi

mengharungi bersama
ombakduga yang mencari jawapan
yang disoal oleh keadaan

bukan membiar
keterhadahan tidak tahu
bukan membiar
terasing ditengah keramaian

sahabat
melengkap yang tidak lengkap
menyambung yang belum siap
menyemak tangistawa apa puncanya
mengugurkan kesangsian

sahabat
mempastikan jajijanji
tidak terungkai
bahawa keakraban abadi ini
menyerlahkan kekentalan
persahabatan yang sukar diporakperandakan
oleh kecemburan waktu
yang datang dari
arah yang ingin melihat
terbantutnya episod-episod

SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006

demi kecintaan ini


DEMI KECINTAAN INI

demi kecintaan ini
kuharungi likuliku
hanya bersamamu
menyambung perjalanan

demi kecintaan ini
kita berbicara
tentang ombak
yang samasama
kita harungi

lalu
pautan yang kental
yang kita bina
tetap kita jaga
demi kecintaan ini

SAJALI BIN MOHAMAD

Friday, May 05, 2006

CATATAN CINTA


CATATAN CINTA

cinta adalah
ujiduga yang manis
cinta memanusiakan manusia
keperitan cinta
sebenarnya adalah
kesetiaan dan keikhlasan

cinta adalah pengorbanan
cinta adalah tanggungjawab
cinta adalah kasih sayang
cinta adalah amanah
cinta adalah segalanya

cinta bukan buta
cinta adalah cukup abstrak
cinta membuat manusia awet muda
cinta membuat manusia sentiasa senang
cinta menjadikan semua kerja beres
cinta menjadikan manusia pemikir yang agung
cinta membuatkan manusia disegani dan dihormati
cinta melahirkan pembangunan melata

cinta bukan menjadi manusia melatah
manusia menangis kerana cinta
manusia ketawa kerana cinta
manusia cergas kerana cinta
manusia ada kerana cinta
manusia hidup kerana cinta
manusia mati kerana cinta

cinta uda dan dara
menguji kesetiaan
dipertanggungjawab dengan keikhlasan
diamanah dengan kejujuran
mengunci janji

uda dan dara yang membencikan cinta
bukan bermakna mereka telah kecewa
tetapi kerana mereka telah tahu dan mengerti
harga dan makna cinta sebenarnya
bahawa cinta bukanlah
sesuatu untuk dipermainkan
atau diperalatkan

cinta tidak pernah gagal
uda dan dara yang gagal bercinta
adalah sesuatu yang tidak ujud
yang berlaku cuma
'belum bersedia' bukan kegagalan
kerana cinta adalah besi berani

mertabat cinta
adalah suci
keindahannya tidak sekadar senja
tidak sekadar pelangi

cinta adalah milik alam sejagat
cinta mengharum wangi segala
cinta mewarnai kehidupan
yang pasti
dengan karenah yang manis
mengisi ruang sepi
menjadikan kerinduan itu bererti

cinta adalah ingat mengingati
cinta adalah penyelesai masalah
cinta adalah pemusnah keresahan
cinta adalah budi nan tinggi
cinta memungkinkan segala
tercanai pasti

cinta tercalar
bukan untuk ditangisi
namun adalah untuk dimengerti
erti suka duka hidup ini

salam cinta
bukan sekadar kepada kekasih
ia adalah jua
buat menceriakan manusia



SAJALI MOHAMAD
18 Januari 1996

KEHIDUPAN


KEHIDUPAN

tolak campur dharab bahagi

laut ombak pelangi warna

senja
teratai


SAJALI MOHAMAD
2 November 2000

SENJA-SENJA BEGINI


SENJA-SENJA BEGINI

senja-senja begini
banyak yang mesti ditinggal
bersama pertaruhan lupa

senja-senja begini
tiada sedar menghitung hari
hari yang sudah

senja-senja begini
banyak sudah yang terhakis
dalam diri

senja-senja begini
noktah adalah tetamu
yang dinanti



SAJALI MOHAMAD
13 julai 2005