ISTIMEWANYA WANITA KERANA KEWANITAANNYA

istimewanya wanita
kerana kewanitaannya
mata wanita dihatinya
kecurigaannya adalah doa
keikhlasannya adalah kasihsayang
bicaranya adalah doa
minatnya adalah cinta
membisunya wanita
kerana tolak, campur, dharab dan bahagi
tangisan wanita
kerana debu-debu berwarna
kelemah-lembutannya adalah
ketangkasan menghadapi
beban yang manis
memertabatkan kewanitaan
pantangnya wanita
dibohongi
lalu terhakislah cintanya
layu segala kepercayaannya
istimewanya wanita
kerana faham dan mengertinya
kerana kewanitaannya
SAJALI MOHAMAD
6 disember 1999
Kuching
0 Comments:
Post a Comment
<< Home