Saturday, May 06, 2006

SAHABAT


SAHABAT

menambah pengertian yang telah difahami
buat menokohtambah kehendak
tolakcampurdharabbahagi

mengharungi bersama
ombakduga yang mencari jawapan
yang disoal oleh keadaan

bukan membiar
keterhadahan tidak tahu
bukan membiar
terasing ditengah keramaian

sahabat
melengkap yang tidak lengkap
menyambung yang belum siap
menyemak tangistawa apa puncanya
mengugurkan kesangsian

sahabat
mempastikan jajijanji
tidak terungkai
bahawa keakraban abadi ini
menyerlahkan kekentalan
persahabatan yang sukar diporakperandakan
oleh kecemburan waktu
yang datang dari
arah yang ingin melihat
terbantutnya episod-episod

SAJALI BIN MOHAMAD
6 mei 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home