
MENTERA KASIH
dalam api dalam panas
dalam hujan
dalam laut
kasih melutut
ombak ini kasih
cemburu kasih
bercatur rezeki
kerana kasih
membuang waktu
kerana kasih
menyempurna sayang
menjunjung cinta
dalam ribut
dalam petir
berkat kata kasihcinta
kepapaan bukan penghalang
SAJALI BIN MOHAMAD
30 8 1990
1 Comments:
Tahniah, atas kelahiran blog ini... Penyair yang tak pernah letih...Kami dalam "Kerabat A.P.I" berbangga memiliki anda!:-)
Post a Comment
<< Home